Assalamualaikum. Rasanye ni dah blog ke berapa saya buat. Blog-blog yang lain tu semuanye dah berkubur seiring dengan masa hehe. Sebenarnya sebab tk dapat nak bagi komitmen masa nak uruskan blog-blog tersebut. InsyaALLAH blog yang ni harap dapat diteruskan untuk seterus dan terusnye hehe.
Ok saye mulakan dengan sesi perkenalan diri huhu ala2 time orientasi zaman belajo dulu. Nama diberi Izad Amir Bin Mohamed Ali. Lahir pada 22 November 1983. Ehemm baru 2 hari lepas. Hepi besday to me hehe dah 33 tahun umo anak mak ni. Sekarang keje di salah sebuah IPT awam di tanahair ( sanjungan bangsa) sebagai penjage makmal kimia. Bahaye tau keje tu ala ala mencabut bulu harimau ish ish ish. Dah kawen ada SEORANG isteri dan 2 orang anak ( saje je bold kan seorang tu hihu). Kawen pada tahun 2011 dan dapat anak pertama gegurl 2012. 2013 dapat anak boboi plak. Indahnye perancangan Allah.
Selain keje full time sebagai pencabut bulu harimau ops silap sebagai staf makmal di ipt awam saya ada buat part time dropship barang-barang baby dan yang terbaru menjadi agen produk untuk MHAM. Yela nak mengharungi zaman ekonomi yang amat mencabar sekarang ni. Ok saya nak cerita pasal camne jd agen produk MHAM tu.
Kisahnye bermula apabila anak saya yang kedua Muhammad Izzul Asyraaf yang ketika itu berumur 8 bulan batuk-batuk. Selepas berulang alik ke klinik dan selepas berbotol-botol ubat dari klinik habis dimakan tak baik-baik jugak. Sehingga la sampai satu tahap kemuncaknya nafas Asyraaf mula sangkut-sangkut. Mak bapak mana yang tak gelabah tengok anak yang sekecil itu dalam keadaan demikian. Terus saya bawa ke hospital bahagian emergency. Setelah pemeriksaan yang menyeluruh Asyraaf di tahan di wad dan disahkan asma akibat dari batuk yang berpanjangan.
Hampir seminggu Asyraaf di tahan di wad hospital. Dalam tempoh tu juga la habis lebam-lebam tangan die yang comel tu kena cucuk nak amik darah. Sedih woo anak kite kena buat camtu tapi nak buat ape dah nasib huhu. Bile dah kuar tu hepi la sebab bukan die je yang kena tahan wad tapi mak bapak pon gilir-gilir tido wad nak jage si kecik ni huhu MERDEKA.
Selepas kejadian tersebut memang Asyraaf dengan Nebulizer dah tak dapat dipisahkan huhu setiap 3 bulan mesti datang asmanye. Sehinggalah......SAMBUNG di post yang akan datang ye. Nak amik budak berdua tu kat taska dan tadika :)
No comments:
Post a Comment