Anda Dah Tahu 5 Mitos Terkenal Mengenai Asma?
.
Jangan
tak tahu ya, ada 5 mitos terbesar mengenai asma yang selalu
berlegar-legar di dalam masyarakat. Jom kita tengok satu persatu:
.
#1 Asma Hanyalah Penyakit Psikologi
Ada
ramai orang (terutamanya pengamal rawatan tradisional) yang berpendapat
bahawa asma hanyalah penyakit yang berkaitan minda sahaja. Maksudnya,
kalau berhenti berfikir pasal asma, boleh terus sembuh. Itu salah! Asma
adalah penyakit berkaitan salur pernafasan, dan perlu rawatan.
.
#2 Diet Susu Boleh Melegakan Asma
Dahulu
pernah popular bahawa susu soya boleh melegakan asma. Tapi kajian yang
diterbitkan pada 25 May 2015 menyatakan tiada bukti susu soya boleh
menyumbang kepada kelegaan asma.
.
#3 Ubat Asma Semakin Lama Semakin Tak Berkesan
Salah!
Semakin lama ubat digunakan, semakin efektif untuk melegakan asma,
kerana badan mengambil masa yang lama untuk “bekerjasama” dengan ubatan.
.
#4 Ada Asma, Tak Boleh Bersenam
Ini pun tak tepat juga. Senaman ada bermacam-macam jenis. Pilih yang sesuai dengan tahap asma masing-masing.
#5 Asma Semakin Elok Bila Umur Meningkat
Tak
semestinya. Banyak bergantung kepada rawatan yang anda ambil. Tapi
memang ada kes terpencil di mana ada yang sembuh apabila menginjak
dewasa.
.
No comments:
Post a Comment