Sunday 22 January 2017

Anda Dah Tahu 5 Mitos Terkenal Mengenai Asma?

.
Jangan tak tahu ya, ada 5 mitos terbesar mengenai asma yang selalu berlegar-legar di dalam masyarakat. Jom kita tengok satu persatu:

.
#1 Asma Hanyalah Penyakit Psikologi

Ada ramai orang (terutamanya pengamal rawatan tradisional) yang berpendapat bahawa asma hanyalah penyakit yang berkaitan minda sahaja. Maksudnya, kalau berhenti berfikir pasal asma, boleh terus sembuh. Itu salah! Asma adalah penyakit berkaitan salur pernafasan, dan perlu rawatan.
.
#2 Diet Susu Boleh Melegakan Asma

Dahulu pernah popular bahawa susu soya boleh melegakan asma. Tapi kajian yang diterbitkan pada 25 May 2015 menyatakan tiada bukti susu soya boleh menyumbang kepada kelegaan asma.
.
#3 Ubat Asma Semakin Lama Semakin Tak Berkesan

Salah! Semakin lama ubat digunakan, semakin efektif untuk melegakan asma, kerana badan mengambil masa yang lama untuk “bekerjasama” dengan ubatan.
.
#4 Ada Asma, Tak Boleh Bersenam

Ini pun tak tepat juga. Senaman ada bermacam-macam jenis. Pilih yang sesuai dengan tahap asma masing-masing.

#5 Asma Semakin Elok Bila Umur Meningkat

Tak semestinya. Banyak bergantung kepada rawatan yang anda ambil. Tapi memang ada kes terpencil di mana ada yang sembuh apabila menginjak dewasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak


Saturday 21 January 2017

9 Makanan Yang Mengurangkan Kahak Dan Lendir Ketika Sakit

.
Semalam saya ada beritahu pasal 7 jenis makanan yang menambah teruk kahak dan lendir kan? Haa..harini saya sambung pasal makanan yang baik diambil untuk mengurangkan kahak tu.

.
Semua jenis sayur berdaun hijau

 
Brokoli dan bunga kobis

 
Bawang putih (ini yang paling efektif)

 
Asparagus

 
Bawang merah

 
Halia dan kunyit

 
Cili

 
Buahan citrus (limau, lemon, oren)

 
Nenas

 
.
Bila puan atau anak puan berhenti ambil makanan yag menambah kahak dan gantikan dengan makanan yang disebut di atas, percayalah, puan akan nampak hasil yang jelas dan ketara.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak








Thursday 19 January 2017

7 Jenis Makanan Yang Menambah Kahak Dan Lendir Ketika Sakit
.
Kahak dan lendir adalah antara penambah susah ketika kita sedang batuk atau selesema. Dahlah batuk, lepas tu kahak melekat kuat di kerongkong.

.
Tahukah puan-puan, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan supaya kahak dan lendir tu senang dikawal dan dikurangkan?
.
Ini antara senarai makanan tersebut:
.
 

Produk tenusu (cheese, yogurt, susu penuh krim etc)
 

Telur
 

Makanan yang kaya gula (biskut, kek, pastry)
 

Makanan yang digoreng tenggelam (deep fried)
 

Semua jenis makanan berasaskan soya
 

Minuman atau makanan yang mengandungi kafein (kopi, teh)
 

Makanan berasaskan gandum (roti, muffin etc)
 

.
Mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang tersenarai di atas akan membuat puan/anak puan semakin selesa walaupun batuk/selesema.
.
Apa pula jenis makanan yang membantu melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kahak dan lendir tersebut? saya akan cerita di posting seterusnya ya.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak