Anda Dah Tahu 5 Mitos Terkenal Mengenai Asma?
.
Jangan
tak tahu ya, ada 5 mitos terbesar mengenai asma yang selalu
berlegar-legar di dalam masyarakat. Jom kita tengok satu persatu:
.
#1 Asma Hanyalah Penyakit Psikologi
Ada
ramai orang (terutamanya pengamal rawatan tradisional) yang berpendapat
bahawa asma hanyalah penyakit yang berkaitan minda sahaja. Maksudnya,
kalau berhenti berfikir pasal asma, boleh terus sembuh. Itu salah! Asma
adalah penyakit berkaitan salur pernafasan, dan perlu rawatan.
.
#2 Diet Susu Boleh Melegakan Asma
Dahulu
pernah popular bahawa susu soya boleh melegakan asma. Tapi kajian yang
diterbitkan pada 25 May 2015 menyatakan tiada bukti susu soya boleh
menyumbang kepada kelegaan asma.
.
#3 Ubat Asma Semakin Lama Semakin Tak Berkesan
Salah!
Semakin lama ubat digunakan, semakin efektif untuk melegakan asma,
kerana badan mengambil masa yang lama untuk “bekerjasama” dengan ubatan.
.
#4 Ada Asma, Tak Boleh Bersenam
Ini pun tak tepat juga. Senaman ada bermacam-macam jenis. Pilih yang sesuai dengan tahap asma masing-masing.
#5 Asma Semakin Elok Bila Umur Meningkat
Tak
semestinya. Banyak bergantung kepada rawatan yang anda ambil. Tapi
memang ada kes terpencil di mana ada yang sembuh apabila menginjak
dewasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
9 Makanan Yang Mengurangkan Kahak Dan Lendir Ketika Sakit
.
Semalam saya ada beritahu pasal 7 jenis makanan yang menambah teruk kahak dan
lendir kan? Haa..harini saya sambung pasal makanan yang baik diambil
untuk mengurangkan kahak tu.
.
Semua jenis sayur berdaun hijau
Brokoli dan bunga kobis
Bawang putih (ini yang paling efektif)
Asparagus
Bawang merah
Halia dan kunyit
Cili
Buahan citrus (limau, lemon, oren)
Nenas
.
Bila
puan atau anak puan berhenti ambil makanan yag menambah kahak dan
gantikan dengan makanan yang disebut di atas, percayalah, puan akan
nampak hasil yang jelas dan ketara.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
7 Jenis Makanan Yang Menambah Kahak Dan Lendir Ketika Sakit
.
Kahak
dan lendir adalah antara penambah susah ketika kita sedang batuk atau
selesema. Dahlah batuk, lepas tu kahak melekat kuat di kerongkong.
.
Tahukah
puan-puan, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan supaya
kahak dan lendir tu senang dikawal dan dikurangkan?
.
Ini antara senarai makanan tersebut:
.
Produk tenusu (cheese, yogurt, susu penuh krim etc)
Telur
Makanan yang kaya gula (biskut, kek, pastry)
Makanan yang digoreng tenggelam (deep fried)
Semua jenis makanan berasaskan soya
Minuman atau makanan yang mengandungi kafein (kopi, teh)
Makanan berasaskan gandum (roti, muffin etc)
.
Mengurangkan
pengambilan makanan-makanan yang tersenarai di atas akan membuat
puan/anak puan semakin selesa walaupun batuk/selesema.
.
Apa
pula jenis makanan yang membantu melegakan ketidakselesaan yang
disebabkan oleh kahak dan lendir tersebut? saya akan cerita di posting
seterusnya ya.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak